Bunga pahar yang berukuran hampir 1.7m ini digubah dengan bunga peoni pelbagai warna. Disesuaikan dengan telur dan netting gold dengan pasu maroon yang diimpot khas. Cantik dan menawan.
Kerana terlalu minat dengan keindahan bunga maka bermulalah perjalanan seni gubahan bungaan Qiasatina Flowers. Dari bergelung-gelung riben yang beraneka warna, habis semua digubah menjadi bunga-bungaan menghiasai kediaman idaman. Bila tiba era bunga roti, minat beralih mengikut peredaran masa bagi meluaskan lagi kepelbagaian ilmu gubahan bunga. Akhirnya bila tiba pula era bunga dip, maka bertemulah cinta sebenar dalam arena gubahan bunga. Setelah tekun mempelajari teknik bunga dip daripada guru-guru dari negara matahari terbit, hasil kerja Qiasatina Flowers telah berjaya memenangi sebuah pertandingan gubahan di negara tersebut. Sebagai penganugerahan, beberapa design serta teknik Qiasatina Flowers telah dibukukan (dalam bahasa Jepun). Blog ini memaparkan seni gubahan bunga dip yang telah dihasilkan oleh Qiasatina Flowers, terima kasih kerana sudi bertandang…
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan atau pun mempunyai sebarang pertanyaan silalah e-mail ke qiasatina@gmail.com dan sekiranya ingin berhubung terus dengan kami, bolehlah menelefon 014 3639125.
No comments:
Post a Comment