Wednesday, February 24, 2010

Bunga Rose yang digubah khas, sesuai sebagai cenderahati bagi tetamu istimewa atau tetamu kehormat di meja santapan utama.




Bagi gubahan sireh junjung ini, gabungan diantara tradisional dan moden telah diaplikasikan bagi mewujudkan suatu kelainan. Dedaun sireh dan bunga melor digabungkan dengan kudup bunga ros segar (fresh rose buds). Disamping itu, buah-buahan segar juga (seperti strawberries) digubah bersama bagi mewujudkan sireh junjung yang unik lagi menarik.



Bunga pahar ini digubah sepenuhnya dengan menggunakan bunga Hydrangea. Dengan ketinggian melebihi 4 kaki ia tersergam indah dikiri dan kanan pelamin.




Bunga merenjis bertemakan warna ungu dari bunga Peony.


Bunga Hydrangea biru dan putih dengan
telur silver sebagai gubahan bunga merenjis.
*
*
Disini warna hijau pula digunakan...



Tuesday, February 23, 2010

Gubahan bunga merenjis dari
bunga rose pelbagai warna.







Bunga merenjis yang dihiasi Cattleya Orchid
dan bunga Daisy keemasan
*
*
Bunga merenjis Cattleya Orchid
yang bertemakan warna hijau.


Sunday, February 21, 2010

Bunga Peony Pelbagai Warna

Bunga Peony pelbagai warna digunakan sebagai bunga merenjis bagi menimbulkan variasi dan kelainan.





Bunga Dahlia berwarna kuning menjadi pilihan menghiasi gubahan bunga merenjis kali ini dan sebagai fillers-nya pula adalah bunga hydrangea putih. Daunnya pula berwarna emas, berbeza dengan gubahan dibawahnya yang menggunakan daun berwarna hijau dan bunga hydrangea kehijau-hijauan. Namun, ribbon putih keemasan melengkapkan kedua-dua gubahan bunga merenjis ini.



Thursday, February 18, 2010

Bunga telur kali ini adalah agak unik. Ia menggunakan "shot glass" dan diisi dengan cokelat Patchi berbentuk telur. Bunga yang digunakan adalah Roses (mini) digabungkan dengan daun dip dan ribbon.










Bunga telur yang menggunakan hydrangea mini.





*
Inilah hasilnya. Bunga telur dihiasi bungaan Hydrangea dan ribbon, serta telur yang dibungkus kemas dengan netting purple.

Set bunga telur yang menggunakan Star Flowers berwana pink dan light blue.







...all set to go


Bakul anyaman yang menjadi pilihan, disesuaikan dengan bunga Hydrangea berwarna pastel lembut dan diserlahkan lagi keindahannya dengan pink ribbon.





...sedia untuk penghantaran



Qiasatina Flowers telah diundang meraikan majlis perkahwinan mempelai dan inilah bakul bunga telur bagi tetamu, lengkap dengan gift-nya. Terima kasih...