Friday, October 29, 2010

Kelas Baru, Student Baru...


Salam dan Selamat sejahtera...
Ingin dimaklumkan bahawa Qiasatina Flowers akan menganjurkan kelas gubahan bunga dip. Bagi yang berminat dan ingin turut serta, sessi kali ini dijadualkan bermula pada Sabtu 6 Nov 2010 dan akan dijalankan di studio Qiasatina Flowers di Subang Jaya. Bagi pendaftaran dan sebarang keterangan mengenai kelas, silalah berhubung dengan Puan Amnah (014 3639125). Tempat adalah terhad dan sudah mula dipenuhi oleh penggemar bunga dip/kristal...

Wednesday, August 4, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg6)

dan terima kasih juga kepada yang berminat mengambil gambar hasil kerja Qiasatina Flowers...








Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg5)

Pakcik, makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, rakan-rakan serta semua yang telah hadir ke Promosi Kerja Kahwin 2010, dan lebih-lebih lagi yang telah singgah sebentar di booth Qiasatina Flowers, kami ucapkan terima kasih daun keladi, semoga kita dapat bertemu lagi di lain hari...












Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg4)

hantaran potpourri/bunga rampai
yang agak popular dengan para pengunjung
di booth Qiasatina Flowers
*
*
hantaran pengantin

*
hantaran cincin perkahwinan
dengan hiasan bunga cattleya


bunga ros putih,
khas buat tetamu main table


bunga telur hydrangea


beberapa hantaran pengantin yang Qiasatina Flowers sajikan buat pengunjung yang datang


hantaran al-Quran
dan hiasan bungaannya



hantaran kain songket
yang bertemakan warna biru


bunga peony putih
yang disesuaikan dengan bakul hantaran


hantaran "evening bag"
dengan hiasan bungaan cattleya


bunga "mas kahwin"...



Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg3)

Set 5 buah hantaran pengantin dari bunga lily yang dibawa khas dan dipersembahkan buat pengunjung booth Qiasatina Flowers. Set ini adalah set hantaran sebenar yang akan digunakan pada majlis yang berlangsung pada hujung minggu. Qiasatina Flowers telah menyiapkannya dan mempamirkannya sebelum dihantar kepada pasangan mempelai. Terima kasih kami ucapkan dan Selamat Pengantin Baru...









Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg2)

...lagi dari Promosi Kerja Kahwin 2010


centerpiece bunga hydrangea


*
hiasan pada meja...



bunga merenjis (cattleya)


bunga merenjis


swan putih dan bunga peony,
tanda terima kasih dari kedua mempelai...


dan ini pula swan keemasan dan bunga ros


Tuesday, August 3, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg1)

Salam dan selamat sejahtera. Semalam adalah hari terakhir serta penutup kepada Promosi Kerja Kahwin 2010 anjuran Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pelbagai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan hal perkahwinan telah dipersembahkan kepada pengunjung dari dalam mahu pun luar negara. Bagi yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, pastinya tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar untuk melihat, mendapat ilham atau pun terus membuat pesanan kepada usahawan-usahawan yang mengambil bahagian.
*
Selama sepuluh hari Qiasatina Flowers berada disana, kami berpeluang berinteraksi bersama pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga berkongsi pengalaman bersama peminat gubahan bunga kristal. Ada yang berhasrat untuk membuat tempahan, tak kurang juga yang ingin mengikuti kursus gubahan yang bakal dijalankan, alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan melawat booth Qiasatina Flowers, berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil...

penunjuk arah...



tanda Qiasatina Flowers Sdn Bhd yang disediakan




booth Qiasatina Flowers



*
poster stand dan bunga merenjis

*
gubahan bunga-bungaan
pada meja hadapan


*
bunga telur pelbagai warna yang menawan


*
bunga merenjis
khas buat tetamu istimewa