Tuesday, August 3, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg1)

Salam dan selamat sejahtera. Semalam adalah hari terakhir serta penutup kepada Promosi Kerja Kahwin 2010 anjuran Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pelbagai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan hal perkahwinan telah dipersembahkan kepada pengunjung dari dalam mahu pun luar negara. Bagi yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, pastinya tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar untuk melihat, mendapat ilham atau pun terus membuat pesanan kepada usahawan-usahawan yang mengambil bahagian.
*
Selama sepuluh hari Qiasatina Flowers berada disana, kami berpeluang berinteraksi bersama pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga berkongsi pengalaman bersama peminat gubahan bunga kristal. Ada yang berhasrat untuk membuat tempahan, tak kurang juga yang ingin mengikuti kursus gubahan yang bakal dijalankan, alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan melawat booth Qiasatina Flowers, berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil...

penunjuk arah...



tanda Qiasatina Flowers Sdn Bhd yang disediakan




booth Qiasatina Flowers



*
poster stand dan bunga merenjis

*
gubahan bunga-bungaan
pada meja hadapan


*
bunga telur pelbagai warna yang menawan


*
bunga merenjis
khas buat tetamu istimewa

No comments:

Post a Comment