Tuesday, April 13, 2010

Kelas Gubahan Bunga Kristal

Kelas Gubahan Bunga Kristal
Qiasatina Flowers



Qiasatina Flowers akan menganjurkan kelas gubahan bunga kristal (American Dip Flowers) bermula 6 Mei 2010 (setiap Khamis dan Sabtu). Pada tahap pertama, students akan diberi tunjuk ajar yang teliti mengenai teknik dalam proses menggubah bunga kristal. Jenis bunga bagi sesi ini adalah bunga Rose, Camelia, Clematis, Sweet Pea, Bellflower dan Phalaenopsis. Kelas akan bermula pada waktu pagi dan berakhir di sebelah petang (waktu akan ditentukan kelak). Tenaga pengajar adalah berkelulusan dari negara Jepun dan mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam seni gubahan bunga kristal.
*
Sekiranya sebelum ini anda pernah tertanya-tanya bagaimana bungaan kristal ini dibuat, apakah bahan yang digunakan, serta bagaimanakah teknik yang betul bagi menggubahnya. Maka inilah masanya untuk mengetahui dan mempelajarinya dari seorang pakar gubahan bunga kristal.
*
Walau bagaimana pun, kepada yang berminat diminta bertindak segera kerana tempat adalah sangat terhad (agar tumpuan teliti dapat diberikan kepada setiap student). Silalah menelefon 0143639125 atau 0124160825 untuk mendaftar atau maklumat lanjut.

Wednesday, April 7, 2010

Bagi gubahan bunga main table kali ini, bunga hydrangea berwarna kuning telah dipilih untuk disesuaikan dengan bakul kristal sebagai tanda terima kasih kepada tetamu VIP yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan sang mempelai.









Tuesday, April 6, 2010

Bunga Rose putih, digubah khas sebagai tanda terima kasih buat tetamu VIP yang hadir.







Tuesday, March 23, 2010

Bunga pahar dari gubahan bunga dahlia, sesuai untuk majlis perkahwinan yang bertemakan warna purple.




Friday, March 19, 2010

Bunga pahar yang berukuran hampir 1.7m ini digubah dengan bunga peoni pelbagai warna. Disesuaikan dengan telur dan netting gold dengan pasu maroon yang diimpot khas. Cantik dan menawan.








Thursday, March 18, 2010

Sebuah set hantaran pengantin dari gubahan bunga peony pelbagai warna.













Wednesday, March 17, 2010

Bunga merenjis yang digubah khas buat tetamu istimewa. Dua jenis warna digunakan iaitu rose merah dan rose pink, yang merah untuk lelaki dan yang pink untuk wanita.
*



Bunga merenjis bersama dengan set bunga telurnya. (silalah ke label bunga telur untuk gambaran yang lebih jelas).