Wednesday, August 4, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg2)

...lagi dari Promosi Kerja Kahwin 2010


centerpiece bunga hydrangea


*
hiasan pada meja...



bunga merenjis (cattleya)


bunga merenjis


swan putih dan bunga peony,
tanda terima kasih dari kedua mempelai...


dan ini pula swan keemasan dan bunga ros


Tuesday, August 3, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 (bhg1)

Salam dan selamat sejahtera. Semalam adalah hari terakhir serta penutup kepada Promosi Kerja Kahwin 2010 anjuran Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pelbagai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan hal perkahwinan telah dipersembahkan kepada pengunjung dari dalam mahu pun luar negara. Bagi yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, pastinya tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar untuk melihat, mendapat ilham atau pun terus membuat pesanan kepada usahawan-usahawan yang mengambil bahagian.
*
Selama sepuluh hari Qiasatina Flowers berada disana, kami berpeluang berinteraksi bersama pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga berkongsi pengalaman bersama peminat gubahan bunga kristal. Ada yang berhasrat untuk membuat tempahan, tak kurang juga yang ingin mengikuti kursus gubahan yang bakal dijalankan, alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan. Bagi yang tidak berkesempatan melawat booth Qiasatina Flowers, berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil...

penunjuk arah...



tanda Qiasatina Flowers Sdn Bhd yang disediakan




booth Qiasatina Flowers



*
poster stand dan bunga merenjis

*
gubahan bunga-bungaan
pada meja hadapan


*
bunga telur pelbagai warna yang menawan


*
bunga merenjis
khas buat tetamu istimewa

Friday, July 23, 2010

Qiasatina Flowers di Lot GH10

Jumpa kami disana...
bermula esok 24 Julai - 2 Ogos


Tuesday, July 20, 2010

Kerja Kawhin 2010 Kompleks Kraf KL

Salam dan selamat sejahtera. Maaflah lama tak update.... Ok, first of all terima kasih kepada semua yang telah menyertai program gubahan bunga dip Qiasatina Flowers, semoga tekun praktis dan berjaya dengan project masing-masing. Kepada yang masih setia meng-follow, terima kasih, dan bagi yang baru mengikuti, selamat datang kami ucapkan.
*
Sebenarnya kami nak buat satu pengumuman. Cuba lihat gambar dibawah tu. Qiasatina Flowers akan membuat pameran bunga-bungaan perkahwinan bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay, bermula 24 Julai sehingga 2 Ogos 2010. Kepada yang mempunyai masa terluang, silalah ke Promosi Kerja Kahwin 2010 dan bertemu kami disana. Bolehlah lihat sendiri gubahan bunga kami seperti bunga merenjis, bunga telur, bunga pahar dan macam-macam lagi.

Tuesday, April 13, 2010

Kelas Gubahan Bunga Kristal

Kelas Gubahan Bunga Kristal
Qiasatina Flowers



Qiasatina Flowers akan menganjurkan kelas gubahan bunga kristal (American Dip Flowers) bermula 6 Mei 2010 (setiap Khamis dan Sabtu). Pada tahap pertama, students akan diberi tunjuk ajar yang teliti mengenai teknik dalam proses menggubah bunga kristal. Jenis bunga bagi sesi ini adalah bunga Rose, Camelia, Clematis, Sweet Pea, Bellflower dan Phalaenopsis. Kelas akan bermula pada waktu pagi dan berakhir di sebelah petang (waktu akan ditentukan kelak). Tenaga pengajar adalah berkelulusan dari negara Jepun dan mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam seni gubahan bunga kristal.
*
Sekiranya sebelum ini anda pernah tertanya-tanya bagaimana bungaan kristal ini dibuat, apakah bahan yang digunakan, serta bagaimanakah teknik yang betul bagi menggubahnya. Maka inilah masanya untuk mengetahui dan mempelajarinya dari seorang pakar gubahan bunga kristal.
*
Walau bagaimana pun, kepada yang berminat diminta bertindak segera kerana tempat adalah sangat terhad (agar tumpuan teliti dapat diberikan kepada setiap student). Silalah menelefon 0143639125 atau 0124160825 untuk mendaftar atau maklumat lanjut.

Wednesday, April 7, 2010

Bagi gubahan bunga main table kali ini, bunga hydrangea berwarna kuning telah dipilih untuk disesuaikan dengan bakul kristal sebagai tanda terima kasih kepada tetamu VIP yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan sang mempelai.









Tuesday, April 6, 2010

Bunga Rose putih, digubah khas sebagai tanda terima kasih buat tetamu VIP yang hadir.